top of page

MG RAMADHAN BOX 7.0 2021

Program Ramadhan Box adalah satu program kebajikan yang mana kami di Muqmeen Group (Cawangan Klang) di bawah kendalian kelab kebajikan agent (Muqmeen Community Club - MCC) . PIhak MCC akan mengumpulkan dana untuk membeli barangan keperluan dalam bentuk makanan bagi menyambut bulan Ramadhan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan sekitar Lembah Klang.

Inisiatif ini kami lakukan antara tujuannya adalah untuk memupuk sifat belas dan kasihan kepada orang lain yang mungkin kurang bernasib baik. Kami percaya, setiap orang berhak untuk menyambut Ramadhan dengan bekalan makanan yang sempurna. Disebabkan kepercayaan inilah yang membuatkan kami bersungguh-sungguh dan komited untuk mengadakan program Ramadhan Box ini setiap tahun. Pada tahun 2021 ini, sudah 7 kali kami laksanakan program seperti ini.

Untuk pengetahuan semua, 100% sumbangan akan disalurkan kepada penerima yang telah pun kami semak dan fikirkan bahawa mereka memang layak untuk dibantu disebabkan beberapa faktor seperti kewangan, kesihatan, hilang upaya dan sebagainya.

Semua ahli MCC (Muqmeen Community Club) menggunakan dana sendiri untuk semua kos agihan dan juga kempen. Mereka memang buat program ini secara sukarela. 

Saya memohon kepada semua untuk sentiasa mendoakan agar kami tetap istiqomah dalam usaha membantu orang lain yang memerlukan. 

Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga Allah menerima amal soleh yang anda lakukan dan menjadi bekalan di akhirat kelak. In sha Allah.

Kepada anda yang ingin memberi sumbangan, In sha Allah kami akan mulakan kempen untuk tabung Ramadhan Box 8.0 3-4 bulan sebelum tarikh agihan. Kami akan kemaskini maklumat untuk sumbangan dalam jangka masa terdekat.

Sebarang pertanyaan, boleh emailkan kepada : info@muqmeen.com.my

Sekian.

Amanat dari Pengarah Program - Encik Amir Faiz

bottom of page